Ahad, 21 April 2013

TIROID? NEMO MTVCO PENYELESAIANNYA


PENYAKIT TIROID
Sumber : myMetro.





Apa itu TIROID?
Bengkak atau benjolan di leher bukan saja menjejaskan penampilan, tetapi juga memberi kesan kepada kesihatan. Ini kerana ia berkemungkinan petanda seseorang itu mengalami penyakit tiroid akibat pembesaran kelenjar tiroid.

Kelenjar tiroid di bahagian depan leher mengeluarkan hormon dan antara hormon terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) yang mengawal kadar metabolisme badan.

Namun, pengeluaran hormon tiroid yang terlebih (hyperthyroidism) atau kurang (hypothyroidism) menyebabkan terjadinya tiroid.

Perunding Bedah Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Chan Kin Yoong berkata, banyak faktor menjadi punca penyakit tiroid. Antaranya ialah kekurangan iodin dalam makanan yang perlu bagi penghasilan hormon tiroid.

Sel tiroid satu-satunya sel dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodin daripada makanan yang dicerna. Kelenjar tiroid akan membesar dalam usaha menambah pengeluaran hormon.

Menurutnya, ada tiroid dipanggil Autoimmune Graves Disease (penyakit Graves) iaitu bengkak disebabkan gangguan autoimun yang membawa kepada pengeluaran berlebihan daripada kelenjar tiroid. Hormon yang keliru menyerang pertahanan tubuh diri sendiri.



Menurutnya, di Malaysia, kes tiroid lebih banyak berpunca daripada penyakit Graves. Penyakit Graves menyebabkan kelopak mata tertarik ke dalam dan mata putih di bahagian atas boleh dilihat dengan jelas.

Kadangkala, ada pesakit mengalami bengkak di sekeliling mata, sekali gus merubah wajah asal. Ada masalah tiroid disebabkan baka atau keturunan tetapi kes seumpama itu tidak banyak.

Individu berusia 40 tahun ke atas dan wanita lebih terdedah kepada risiko penyakit tiroid. Kadangkala, penyakit tiroid dialami wanita hamil kerana lebih banyak hormon tiroid diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.
Bagaimanapun, bengkak itu bersifat sementara dan akan hilang selepas wanita melahirkan anak.

Bengkak di leher terlalu besar tidak boleh dipandang remeh kerana dikhuatiri kanser tiroid. Dalam keadaan serius, kanser tiroid menyebabkan seseorang itu sukar bernafas kerana bengkak berkenaan menghalang saluran pernafasan.

“Bengkak keseluruhan pada leher tidak begitu membimbangkan, tetapi jika bengkak yang muncul tidak sekata, ia perlu diberi perhatian kerana sel bertukar menjadi lebih aktif dan menjadi tiroid nodul.

“Pemeriksaan ultra sound boleh menentukan sama ada bengkak berkenaan nodul atau sebaliknya. Rawatan dijalankan dengan menyedut sel nodul dengan jarum kecil,” katanya.

Dr Chan berkata, ujian darah dilakukan bagi memastikan sama ada hormon terlalu tinggi atau rendah.

“Jika bengkak terlalu lama, hormon tiroid akan menjadi rendah, misalnya tiroid itis (jika bertahun-tahun). Kekurangan hormon tiroid dalam tubuh akan diatasi dengan pengambilan ubatan,” katanya.

Menurutnya lagi, kebanyakan kes penyakit Graves atau thyroiditis akan dirawat dengan pengambilan ubat bagi mengurangkan atau menambahkan pengeluaran hormon, manakala pesakit yang diserang kanser tiroid akan dibedah.

Apakah PUNCA Tiroid?




Kekurangan Iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya)

Kehamilan - Ini kerana keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ini bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran

Goitrogen - Elak memakan makanan mentah seperti sayur kubis serta bayam kerana meningkatkan risiko mendapat tiroid

Radiasi - Misalnya letupan nuklear di Russia menyebabkan ramai penduduk mendapat kanser tiroid. Pemeriksaan sinaran-X boleh mengesan tiroid

Genetik

Autoimmune Graves Disease

----> Gejala Hyperthyroidism <----
bengkak di leher
degupan jantung yang cepat
cepat marah
cepat berpeluh
tidak tahan cuaca panas
tangan bergetar
kitaran haid tidak teratur
sentiasa gelisah
penurunan berat badan
rambut gugur
masalah sukar tidur (insomnia)
bengkak di sekeliling mata
kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas
cirit-birit
tubuh badan lemah
osteoporosis






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved JAMU SERI DEWI MALAM-AURA TERPESONA