Selain itu, rasa sakit juga turut dirasai pada bahagian kepala terutama dahi dan pipi. Memperkatakan tentang penyakit yang juga dikenali sebagai sinusitis ini, masih ramai beranggapan ia bukanlah satu penyakit serius.
Sebaliknya tanpa disedari ia juga antara penyakit yang sekiranya tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius terutama kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), di salah sebuah hospital terkemuka di Bandar Sunway, Petaling Jaya Dr. Gan Tong Nee, memberitahu resdung terjadi apabila terdapatnya radangan pada rongga sinus iaitu rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka.
Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan kuman yang dikenali sebagai Steptoccus dan Staphylococcus.
Mengesan Resdung
Untuk mengesan penyakit resdung, kaedah
endoskopi digunakan iaitu tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke
dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan
lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya di dalam rongga
sehingga membawa kepada gejala penyakit itu.
Jika mukos di dalam ruang sinus sudah
menjadi pekat, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya
keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa
dilakukan bagi memperbetulkan semula tulang yang bengkok serta membuang
ketumbuhan.
80 peratus daripada penghidap asma
berpotensi menghidap sinusitis dan bagi penghidap penyakit itu, walaupun
sudah pulih sama ada menerusi pengambilan antibiotik atau pembedahan,
mereka masih berisiko untuk mendapat kembali jangkitan pada masa akan
datang, bergantung kepada tahap imunisasi badan masing-masing.
Sinusitis tidak berjangkit kepada orang
lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada
anak. Bagaimanapun, masalah alahan atau asma boleh diwarisi secara
genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan
betul.
Fakta
Simptom sinusitis
Simptom sinusitis
-
Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
-
Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
-
Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
-
Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
-
Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
-
Pening kepala.
-
Hidung tersumbat.
-
Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
-
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
-
Demam atau rasa tidak sedap badan.
-
Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
-
Kurang deria rasa atau bau.
-
Kelesuan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan