JANGAN CULAS BERPANTANG
Masa mengandung berat badan ibu naik dengan
banyak sekali. Sudahnya hati runsing dan sibuk bertanya bolehkah badan ini
kembali macam dulu. Jawapannya mudah sahaja, amalkan berpantang secara
tradisional, In Shaa Allah badan kembali langsing dan yang penting sihat.
Tetapi berapa ramai ibu-ibu moden masa kini
masih kekal mengikut cara orang tua-tua berpantang? Ada yang berkata leceh
hendak berstokin sepanjang hari, berbengkung, berpilis dan bertungku. Lebih
berani, ada ibu yang baru dua minggu bersalin sudah sibuk mengusung anak ke
pusat beli-belah.
Wah, ini kalau dilihat mak-mak bidan
tradisional mahu menjerit dia. Bukan apa, kalau ikut cara berpantang
tradisional yang sebenar, ibu-ibu dilarang melangkah keluar dari rumah
sepanjang tempoh 40 hari berpantang.
Tetapi biasanya kita boleh melihat secara
fizikal jika dibuat perbandingan antara ibu yang mengamalkan pantang dengan ibu
yang tidak berpantang langsung. Ibu berpantang jarang mengalami sengal-sengal
badan dan sakit pinggang, badan lembik tidak bermaya dan perut buncit macam
masih lagi mengandung.
Jom kita semak semula apa perkara yang
sepatutnya dipatuhi oleh ibu-ibu selepas bersalin.
1. KAWAL PERGERAKAN
*Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan
secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.
*Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak
benda-benda keras kerana ditakuti bentan.
*Duduk secara rapat paha supaya dapat
mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.
2. JAGA PEMAKANAN
*Makan ikan haruan supaya luka cepat sembut.
*Jangan makan makanan berkanji dan bersantan.
Pulut misalnya boleh menyebabkan angin dan menambahkan kolesterol dalam badan.
Ini melambatkan proses menurunkan berat badan.
*Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan
menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air, nangka muda.
3. AMALKAN MANDIAN AIR REBUSAN HERBA
*Air rebusan daun-daun herba seperti
mengkudu, kaduk, pandan,, serai wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh
yang lesu selepas bersalin.
4. BERURUT
*Amalan berurut seluruh badan membantu
membetulkan urat-urat badan yang tegang, mengembalilkan pengaliran darah serta
menaikkan rahim kembali ke tempat asal.
5. BERTUNGKU
*Selepas berurut elok bertungku terutama di
bahagian perut dan peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan
sekali gus mengempiskan perut ibu.
6. MENYAPU PILIS
*Amalan yang semakin jarang dilakukan ibu
lepas bersalin. Pilis bertujuan menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan
mata serta mengelakkan daripada sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan
meroyan.
7. MINUM JAMU
*Sekarang ada banyak alternatif jamu bersalin
yang bersesuaian untuk diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang
dalam proses bersalin.
==================================
PERTANYAAN/PESANAN
=》 SILA pm/sms/viber/wechat/whats
app ☛ 019-308 2893
==================================
DAPATKAN SET BERSALIN DARI SERI DEWI MALAM
KLIK INFO LANJUT : http://bit.ly/set_pantang



Tiada ulasan:
Catat Ulasan