Khamis, 14 Mac 2013

SDM-MT BUKAN TIRUAN..CER BACA

BIZNESS OH BIZNESS!!!

Kepada sesiapa yg berkenaan, tiada istilah tiru meniru antara SDM-JSD, jika anda faham benar dgn perniagaan. SDM adalah jenama yang tersendiri. Jika masih ada penyampai2 di sini yg nak sampaikan kpd yg "di sana", sila sampaikan ini ye :-

Saya telah berada hampir sepuluh tahun dalam pemasaran produk kesihatan. Macam2 yg saya temui.

Kes2 produk tiruan ada banyak, tetapi peniaga dan pengguna sering salah anggap antara TIRUAN dengan PERSAINGAN.

PRODUK TIRUAN adalah produk yg ditiru 100% dari jenama, pembungkusan dan kuantiti. Cuma diragukan pemprosesannya. Maknanya, bila org tengok, tidak nampak perbezaan. Perkara ini pernah terjadi pada produk Dr. Rozmey dan beberapa jenama terkenal.

TETAPI, bila satu syarikat lain mengeluarkan produk yang sama tujuan, sama penggunaan dan sama kebaikan, dan BERLAINAN JENAMA, itu bukan tiruan, tetapi PERSAINGAN.

Contoh mudah, mi segera, dulu kita cuma tahu jenama MAGGI, tetapi. lama2 macam2 jenis jenama keluar, adakah MAGGI mengeluarkan kenyataan yag mereka telah ditiru? TIDAK!!! kerana mereka tahu itu adalah persaingan.

Jadi, untuk menjadikan jenama masing2 istimewa, ramuan2 rahsia atau "secret recepi" diperbaiki di setiap pengeluaran untuk menarik pengguna setia.

Setiap chef hebat ada secret recepi, setiap produk hebat, ada ramuan rahsianya sendiri.

Berniagalah kita secara sihat. Jadikan persaingan sebagai semangat untuk berjaya, bukan jadikan alasan sebagai punca kita gagal.

oopss... takkan makcik jual karipap kat ujung taman umah saya tiru makcik jual karipap kat simpang masuk taman ni... huhuhuhuhuhu...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved JAMU SERI DEWI MALAM-AURA TERPESONA